Sekapur Sireh

Kepada semua penduduk di kawasan Changkat Jering yang dikasihi, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan. Saya amat berharap agar pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan padangan dan juga permasalahan kepada saya melalui blog ini untuk di ambil tindakan. Kerjasama penduduk DUN Changkat Jering amatlah saya hargai.

ASSALAMUALAIKUM

SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DI DALAM PROGRAM BERKHATAN BARU BARU INI. TERUTAMA SEKALI KEPADA SEMUA JAWATANKUASA, KETUA KAMPUNG DAN JUGA IBU BAPA YANG MEMBERI SOKONGAN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM PADA TEMPOH HARI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA HOSPITAL TAIPING, HOSPITAL COLOMBIA, BALAI POLIS CHANGKAT JERING, MPT DAN JUGA JABATAN BOMBA.

SAYA AMAT BERHARAP AGAR PROGRAM INI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG DAN JUGA SAYA AKAN MENRENCANAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG LAIN.

INSYAALLAH


PROJEK DUN YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI TAHUN 2008

- MEMBAIKPULIH DAN MEMASANG SILING SURAU AL-ERSHAD TAMAN KAYA

- MEMBEKALKAN KERUSI, MEJA DAN KHEMAH KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL DINIAH JELUTONG, TAMAN SIMPANG BAKTI DAN RUKUN TETANGGA KG LARUT TIN

- MEMBAIK PULIH DAN MENGECAT SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-ERSHADIAH TAMAN KAYA.

- MEMBEKAL CONFRENCE CHAIR KEPADA PENGANUT SRI MUNISWARAR

- MEMBINA TITI UNTUK LALUAN AWAM KG SIMPANG

- MENGANTIKAN ATAP ORANG MISKIN KG PARIT MENTERI

- MENAMBAK PASIR DI KAWASAN SURAU CHANGKAT JERING.

- MEMBEKALKAN KERUSI, MEJA DAN KIPAS ANIN UNTUK DEWAN ORANG RAMAI TAMAN RIA DAN KG SIMPANG

- MEMASANG PAIP BEKALAN AIR ORNG MISKIN DI AIR KUNING.

- MEMPERBAIKI PERSIMPANGAN MASUK JALAN SEDIA ADA TMN RIA KE JLN KUALA KANGSAR.

- MEMPERBAIKI KOLAM AIR DAN TANDAS DI SURAU AL-MAARUF MUKIM JEBONG

- MEMBEKAL DAN MEMASANG GABION TEBING SUNGAI BUKIT GANTANG, KG PAUH

- KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH PEMBENTUNGAN JENIS PAIP YANG ROSAK DI KG SENDUK

UNTUK MAKLUMAN MANA-MANA KERJA YANG BELUM DILAKSANAKAN AKAN DI BAWA PADA TAHUN HADAPAN



Rabu, 21 Mei 2008

Masalah dan aduan

Kepada semua penduduk DUN Changkat Jering jika terdapat aduan atau masalah boleh menghubungi terus saya sendiri atau pegawai pegawai khas dimana no tel dan nama mereka terdapat di dalam blog ini. Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh meninggalkan pesanan di blog ini.



saya akan cuba sedaya untuk menyelesaikan dalam kadar yang segera.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah YB sedar terdapatnya ramai org yg mengaku sebagai ahli keadilaan sdg cuba mengambil kesempatan dlm banyak hal.contoh dlm urusan ketua kampung, projek2 yg sdg dirangka dsb...apakah tindakan YB dlm membenteras gejala yg ujud tetiba ini.....
kami penyokong2 keadilan dan juga YB ,amat tersinggung dgn gejala ini....diharap beri perhatian yg serius....jgn biarkan dijadikan alat...

Kapt (B) Mohd Osman Bin Mohd Jailu berkata...

Terima kasih diatas padangan yang diberikan. Saya sedar tentang perkara ini dan sentiasa membuat pemantauan. Untuk isu ketua kampung dianggap telah selesai kerana semua pemilihan dibuat oleh pendudduk kampung yang berkenaan. Mereka berhak memilih mana-mana pemimpin yang layak tidak dari mana mana parti keadilan mahupun pas.
Bagi masalah projek projek yang dirangka saya tidak akan sewenang-wenangnya untuk memberikan kepada orang yang tidak pernah menabur bakti diatas perjuangan kita.
Jika terdapat sebarang masalah bolehlah menghubungi saya secara terus ataupun melalui blog ini.

Tanpa Nama berkata...

tq atas perihatinan YB hidup bersama PR.......
akan saya salurkan maklumat dari masa kesemasa..

Tanpa Nama berkata...

maklumat seterusnya..adakah YB sedar terdapatnya usaha sinnapan dari tmn damai dan (B)kapten jeya mohan dari trong,berhasrat memegang jawatan2 penting contoh seperti ahli majlis bandaran atau yg berkenaan sedangkan mengikut maklumat kaum india kebanyakkan tidak menyukai mereka berdua..mereka hanya mementingkan jawatan tanpa beratkan usaha..ada juga maklumat dimasa Pihak Pas bhg Bkt Gantang melantik ketua penyokong Pas...jeya mohan dan sinnapan melobi diri masing2..tapi Pihak Pas menolak mereka.

Kapt (B) Mohd Osman Bin Mohd Jailu berkata...

Saya mohon maaf kerana lambat membalas soalan saudara. Untuk makluman saudara Sinapan adalah aktivis yang membantu PKR bahagian Bukit Gantang semasa pilihanraya yang lalu. Oleh yang demikian saya akan menyiasat dakwaan tersebut untuk mendapatkan kepastian. terima kasih atas maklumat pihak tuan. saya juga amat berharap jika saudara dapat memaklumkan tentang permasalah masyarakat dun changkat jering.

Tanpa Nama berkata...

tq...atas keperihatinan YB...insyallah saya akan teruskan dgn info2 yg lebih mantap.

c.j

Tanpa Nama berkata...

minta YB atau wakil turun ke kg jelapang jaya..sistem perparitan agak teruk...selalu berlaku banjir kilat bila berlaku hujan agak lebat...
c.j

Tanpa Nama berkata...

APA KHABAR yb. Semoga sihat sejahtera?
Kami pengundi Pakatan rakyat sudah lama tidak melihat YB di dun Changkat Jering.
Kami terunggu2 bila nak ada kempen/gotongroyong cegah denggi
di Taman Kaya. Kes denggi meningkat.
Lama tak nampak solat jumaat di masjid Changkat Jering. Jgn masa mengundi solat depan pengundi. Ipoh bukan jauh dengan Chankat Jering. 30 minit sampat.esok jumaat kami tunggu.11 julai.
wan

Tanpa Nama berkata...

lama tak nampak YB,kenapa sibuk sampai lupa kawasan ke? banjir aritu ada nampak YB turun ,,camna dengan bantuan takkan k`jaan Negeri takde peruntukkan Khas untuk
mangsa banjir..patut YB kena ucap terima kasih pada petugas2pas ,mereka bertungkuslumus membantu mangsa banjir,naik juga nama pakatan rakyat.

c,j

Tanpa Nama berkata...

ya ya saya sokong katkata cj macam unit amal kena tengok-tengok sikit..mereka semua ikhlas...tanpa harap balasan ,,jangan sampai mereka kecewa..

Kapt (B) Mohd Osman Bin Mohd Jailu berkata...

assalamualaikum

Terima kasih diatas semua pertolongan yang telah diberikan. berkenaan dengan banjir yang melanda tempoh hari. saya dalam usaha untuk mendapatkan bantuan becana dari kerajaan negeri. saya telah pun berjumpa dengan jabatan kebajikan untuk mendapatkan pendaftaran mangsa bajir dan juga beberapa wakil penduduk.

jikalau saudara cj ada maklumat tentang mangsa banjir bolehlah menyalurkan kepada saya atau di pejabat khimat masyarakat kawasan.

untuk makluman saya ada mengadakan dialong dengan penduduk kg cheng pada 3 ogos 2008. sudilah kiranya saudara turun bersama di dalam majlis tersebut.

Tanpa Nama berkata...

tq,mangsa banjir wajib kita bantu ,tapi jangan sampai macam kes di Air Kuning...nampak sangat UMNO AMBIL kesempatan keatas YB Roslan...bantu sana sini mereka sapu...atlast dia orng sapu balek dgn kenyataan ditv 3/4 dalam berita jam 1.30..24hb...tiada sebarang pembelaan dari sesiapa pun..binawe punya umno..habis nama YB dan juga YB Roslan tercalar sikit...tapi tak mengapa itu baru sedikit ujian dari Allah..bersabar le kita..

cj

Kapt (B) Mohd Osman Bin Mohd Jailu berkata...

Assalamualaikum

Saya juga amat dukacita dengan kejadian ini. Untuk makluman didalam akhbar kosmo pada hari jumaat lepas keluar berita yang mengatakan bahawa mangsa banjir di air kuning terabai. menurut akbar bekenaan pihak wakil rakyat dan juga wakil parlimen tidak mengambil berat tentang mereka tetapi gamuda yang membantu. untuk makluman telah banyak saya sumbangkan kepada mereka dan pegawai khas saya sendiri yang menjalankan rundingan diantara pihak gamuda dan juga penduduk pada hari kejadian. saya agak terkilan dengan kejadian ini. tapi ini adalah dugaan yang kita perlu hadapi.
saya mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan CJ.

Tanpa Nama berkata...

setahu saya mereka ada mengatakan bahawa dapat cek pampasan siang hari mlm kami pindah,tapi cek telah pun dikeluarkan pada 28/07/08 sekitar jam 2 t/hari,,cek berjumlah sebanyak rm1000,sebagai pampasan dan rm300 sebagai sewa rumah.tapi ada lagi yang tak pindah2..ikut maklumat yg saya dapat mereka nak tuntut keadilan ,,keadilan apa,, YB ajak depa semua masuk adil..binawe punya org..mereka sebenarnya terhasut dgn umno2 yg selalu dtg melawat...mungkin juga ada hasutan dari pegawai JKM ,,adik kepada YB BN kamunting,,selalu saya nampak dia disitu....
mohon tindakan dari pihak YB keluarkan mereka dari dewan...buat rimas saja..tapi sebarang tindakan dari pihak YB harus dgn teliti jgn sampai mereka jadikan isu lagi..bagai tarik benang dari tepung.......lembut tapi berkesan..

cj

Tanpa Nama berkata...

sekadar nasihat buat renungan YB.::
Dari sokongan rakyat changkat jering jadi YB sekarang sampai jadi Ahli Exco..salah seorang yang penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.
Insiden pada 3/08/08 dikg cheh sedikit sebanyak mencalarkan keredibiliti YB..jangan sampai rakyat khasnya penduduk changkat jering buat-buat tak kenal YB ,,parah nanti natijahnya.
Seperti maklumat YB tempoh hari saya penuhi jemputan YB ke KG Cheh dalam keadaan hujan lebat,,tapi sehingga jam 12 t/hari saya amat kecewa dgn keadaan disitu..YB tiada ,wakil dari YB pun tiada,,adalah seorang bidan terjun,,walau pun bukan wakil YB tapi petugas disitu kawal keadaan dengan memperkenalkan dia sebagai wakil YB.....
yang jadi musyikil ,,kenapa wakil YB pun turut tidak hadir,,dimana samsul hairi dimana ahmad mirza,,kenapajadi begitu..alasan Petugas YB ada meeting dibukit merah,,,tapi takkan sampai tempat sendiri nak YB abaikan..untuk menang dalam pilihan raya agak mudah ,,tapi untuk mengekalkan kemenangan satu kerja yang amat rumit...bertindaklah sebelum terlambat...saya sayang YB saya sayang kawasan saya ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT ,,jangan sampai BN ambil kesempataan..jadikan pembantu2 lebih bertanggung jawab..
perihatin kepada petugas2 PAS yang pandai mengawal keadaan....

cj

Tanpa Nama berkata...

tahniah YB ,baru-baru ini ada saya dengar cerita YB hadir ke DOR Batu 2 1/2..macam itu le.baru rakyat akan mesra dgn YB..saya senyum aje dengar mereka Puji YB..rakyat bukan apa nak lihat YB ,dapat mengadu terus pada YB pun kira OK..macam dah selesai 50% masalah mereka..dapat tak dapat cerita kemudian...jangan sampai YB tak hadir wakil langsung tak nampak muka.....

cj

Tanpa Nama berkata...

ini dah kira YB betul-betul sibuk...dah lebih seminggu tak balas-balas...

Tanpa Nama berkata...

muhasabahlah diri..kenapa insiden begini berlaku pada diri anda?
Disini bukan saya nak pertikai samada yb menerima atau tidak ..rasuah...
pada pandangan saya insiden ini lebih merupakan peringatan ,muhasabah,pengajaran buat diri YB..kenang balik diwaktu Yb memerlukan sokongan diwaktu tempoh merayu undi ...pada siapakah atau kumpulan mana ke yang memberi sokongan pada YB...isteri mana ke yang sanggup bersama-sama Yb diwaktu -waktu yb memerlukan sokongan...kenapa yb tiba-tiba berubah amat sangat meningalkan jauh penyokong2 yb yang bersama2 dengan yb diwaktu detik-detik yb memerlukan sokongan yang kuat.berkahwin satu lagi tak salah,tapi bila nak bertambah isteri sepatutnya yang lebih baik,yang lebih warak,yang nampak lebih alim...ini yang berambut kuning yang seksi..kenapa,kenapa jadi gini..adakah kerana yb sudah mempunyai kuasa...ingat Allah berhak mencabut sekelip mata,kuasa,kemewahaan dan segala apa yang dimiliki oleh kita hatta nyawa..nah... lihat sekarang nama yang agak popular dihiris-hiris dikalangan pengundi-pengundi yang telah memilih YB..berapa ramai orang2 yang soleh,alim ,ustaz dsb telah memangkah Yb atas dasar meruntuhkan keegoan ,kesombongan dan entah apa lagi ke menjadi darah daging BN..,tapi hampir hancur lebur dalam sesaat...ingat pada kekuasaan Allah.,ingat pada sahabat2 yang telah membantu Yb,kekesalan mereka lebih merupakan doa untuk meranapkan YB..
Ayuh mari kita bersama-sama untuk meruntuhkan strateji yang di pasang Bn....Hidup PR..jangan jadikan kejatuhan YB menjadi punca utama keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak..ribuan hati yang sedang bersuyukur atas kemenangan PR ..akan layu..akan menangis,meratap dalam mengalami kejatuhan PR..jangan sampai YB jadi punca utama..
maaf andai terkasar atau menyinggun perasaan YB..
sahabat anda ..
cj.

Tanpa Nama berkata...

kepada tuan cj...
tuan tak patut kata begitu kepada yb ini adalah hak individu dan hak peribadi individu.

disini sepatutnya kita memberikan semangat dan dorongan untuk yb kita menghadapi masalah ini bukan untuk cuba menjatuhkan semangat beliau.

saya rasa cj bukanlah lah seorang pejuang yang sejati dan setia kepada PR. tetapi cuba untuk menjatuhkan PR. sepatutnya kita mesti bejuang bersama ketapikan hal peribadi org.

akar umbi

Tanpa Nama berkata...

tuan akar umbi
tlg tunjukkan point yang mana tak sepatut saya katakan..saya sebenarnya berniat ikhlas untuk melihat kejayaan YB khasnya kejayaan PR...
adakah salah saya tegurkan langkah2 YB untuk beliau perbaiki atau memang tak sepatutnya saya tegur beliau kerana beliau YB atau nyatakan sebab-sebabnya.
yang mana hak individu dan peribadi yang sdr maksudkan..

cj

Tanpa Nama berkata...

tuan yb sila baca link ini..ini yang saya risau dan minta YB ambil perhatian sangat-sangat..
http://perakexpress.com/?p=1073

Tanpa Nama berkata...

tiada ulasan tiada sebarang komen...tutup aje blog ini..buang masa kami melayari blog..ingin maklumat ingin komen dari YB tapi hampa>>>
cj

Tanpa Nama berkata...

salam.......apa khabar yb shat ker???
xada ker berita2 terbaru tentang dun changkat jering ni??lama saya duk tgk xder cerita2 yang berlaku kat sn ker.sy anak rantau nak jgak tahu apa citer tempat lahir saya la ni??
saya tgok xder komen2 baru pun dari penduduk yang ada dlam dun ni,xkan smua orang dh puas hati dengan kerja buat yb sekarang ni???
ker penduduk di dun ni tidak tahu tentang blog yb ni???
ni cadangan saya yang xbrapa nak ok kot??
cuba yb wat iklan2 tentang blog yb ni kat msjid2 yang ada dalam dun yb agar masyarakat bleh menyalurkan penpapat dan aduan mereka hadapi.ini mngkin dapat membantu yb dalam melaksanakan tanggungjwab yb untuk ber khidmat kepada seluruh masyarakat.
akhir sekali yb pun msti dah tahu kot apa yang sy nak katakan ni.
" kita sebagai manusia ni selamanya tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang yang berada di sekeliling kita"
yang penting buat lah kerja semampu mungkin sebab allah tidak akan tanya kepada kita,samada kita berjaya atau tidak. tapi yang allah akan tanyer adakah kita dah laksanakan tanggujawab kita itu.
wasallam..........
anak bukit gantang

Program Lawatan Produk Kawasan

Program Lawatan Produk Kawasan

Program Klasik Bike

Program Klasik Bike