Sekapur Sireh

Kepada semua penduduk di kawasan Changkat Jering yang dikasihi, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan. Saya amat berharap agar pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan padangan dan juga permasalahan kepada saya melalui blog ini untuk di ambil tindakan. Kerjasama penduduk DUN Changkat Jering amatlah saya hargai.

ASSALAMUALAIKUM

SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DI DALAM PROGRAM BERKHATAN BARU BARU INI. TERUTAMA SEKALI KEPADA SEMUA JAWATANKUASA, KETUA KAMPUNG DAN JUGA IBU BAPA YANG MEMBERI SOKONGAN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM PADA TEMPOH HARI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA HOSPITAL TAIPING, HOSPITAL COLOMBIA, BALAI POLIS CHANGKAT JERING, MPT DAN JUGA JABATAN BOMBA.

SAYA AMAT BERHARAP AGAR PROGRAM INI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG DAN JUGA SAYA AKAN MENRENCANAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG LAIN.

INSYAALLAH


PROJEK DUN YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI TAHUN 2008

- MEMBAIKPULIH DAN MEMASANG SILING SURAU AL-ERSHAD TAMAN KAYA

- MEMBEKALKAN KERUSI, MEJA DAN KHEMAH KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL DINIAH JELUTONG, TAMAN SIMPANG BAKTI DAN RUKUN TETANGGA KG LARUT TIN

- MEMBAIK PULIH DAN MENGECAT SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-ERSHADIAH TAMAN KAYA.

- MEMBEKAL CONFRENCE CHAIR KEPADA PENGANUT SRI MUNISWARAR

- MEMBINA TITI UNTUK LALUAN AWAM KG SIMPANG

- MENGANTIKAN ATAP ORANG MISKIN KG PARIT MENTERI

- MENAMBAK PASIR DI KAWASAN SURAU CHANGKAT JERING.

- MEMBEKALKAN KERUSI, MEJA DAN KIPAS ANIN UNTUK DEWAN ORANG RAMAI TAMAN RIA DAN KG SIMPANG

- MEMASANG PAIP BEKALAN AIR ORNG MISKIN DI AIR KUNING.

- MEMPERBAIKI PERSIMPANGAN MASUK JALAN SEDIA ADA TMN RIA KE JLN KUALA KANGSAR.

- MEMPERBAIKI KOLAM AIR DAN TANDAS DI SURAU AL-MAARUF MUKIM JEBONG

- MEMBEKAL DAN MEMASANG GABION TEBING SUNGAI BUKIT GANTANG, KG PAUH

- KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH PEMBENTUNGAN JENIS PAIP YANG ROSAK DI KG SENDUK

UNTUK MAKLUMAN MANA-MANA KERJA YANG BELUM DILAKSANAKAN AKAN DI BAWA PADA TAHUN HADAPAN



Rabu, 26 November 2008

Mencari Mandat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap siaga dengan melaksanakan program-program yang boleh mendekati rakyat kerana peralihan pucuk pimpinan negara kebiasaannya diikuti pilihan raya, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar.

Beliau berkata, pertukaran Perdana Menteri kebiasaannya tidak mengambil masa yang lama untuk berlakunya pilihan raya kerana tekanan untuk mendapatkan mandat yang baru.

Lantaran itu, elok rasanya Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan dan memperkasakan aktiviti rakyat, katanya yang mewakili Menteri Besar Kelantan Mursyidil Am Pas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam dan bengkel mini pimpinan Pakatan Rakyat di sini, yang turut dihadiri ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pada masa ini, Pakatan Rakyat mempunyai gandingan barisan kepimpinan parti terbaik dan juga barisan pimpinan terbaik.

Anwar pula berkata, prestasi pentadbiran dan pengurusan di Selangor, Perak dan Pualu Pinang berada pada tahap yang cukup baik kecuali menghadapi masalah dengan media arus perdana.

Yang turut hadir, Menteri Besar Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Perak Tan Sri Khalil Ibrahim. – end/anr

Rabu, 19 November 2008

Masalah dan Pembangunan Setempat

Asslamualaikum dan selamat sejahtera...

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk DUN Changkat Jering kerana telah banyak memberikan sokongan kepada saya.

Setakat hari ini saya telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. kebanyakan permasalah di kawasan DUN CJ telah saya ambil tindakan. Untuk makluman semua penduduk DUN CJ bagi masalah yang masih belum diselesaikan pada tahun ini saya akan cuba untuk selesai pada bajet yang akan datang. Untuk semua masalah baru bolehlah dirujuk di pusat khidmat masyakat saya untuk diambil tindakan.

Untuk makluman selepas perbentangan bajet 2009 negeri perak banyak peruntukan yang boleh digunakan untuk membantu penduduk di negeri ini. saya akan cuba untuk menyampai sebanyak mana maklumat untuk memastikan semua penduduk dan masyarakat DUN CJ tidak tercicir dari arus pembangunan negeri.

Wassalam

Isnin, 17 November 2008

JURUFOTO DAN WAKIL SYARIKAT GUAMAN

Nov.15, 2008 in Uncategorized Leave a Comment

IPOH: Sebenarnya saya tak berminat untuk menulis artikel ini terutama yang melibatkan hal ehwal kewartawanan, sementelah saya dah lebih 10 tahun meninggalkan dunia kewartawanan selepas menamatkan perkhdimatan 24 jam notis pada Bernama.

Sebenarnya terlalu banyak politik dan karenah dalam dunia kewartawanan ini. Mesti sebulu dengan kepala KANTOR. Kalau tIdak , anda dilempar ke cold storage.

Akhir-akhir ini, mau tak maupun saya kembali terlibat dan tempias dengan dunia kewartawanan yang sesetengah pihak menganggapnya ada aura glamour dan sesetengahnya pula melihat ia berfungsi multipurpose termasuk untuk diri sendiri. Itu terpulanglah pada pendirian wartawan itu sendiri.

Kadang-kala wartawan ada bersifat kepalanya sudah terisi dengan elemen tersendiri, yang sudah di aisbekukan. Merasakan bahawa mereka ada kuasa untuk menghentam apabila sesuatu itu tidak sebulu atau tidak sehaluan dengan mereka, atau apabila tidak memperolehi sesuatu yang dikehendaki.

Sedih saya melihat wartawan yang sudah tidak mempunyai fikrah diri sendiri tetapi lebih tergulung dalam kelompok manusia yang menjaga kepentingan dan kelompok tertentu kerana mungkin ganjaran atau habuan tertentu. Sesetengahnya sudah menjadi terlalu self censored sehingga tidak menjadi wartawan yang lebih terbuka sifatnya.. yang tahu membezakan antara kepentingan diri dan masyarakat maupun agama Islam.

Begitu jugalah dengan jurufoto.. secara hakiki kerja tidak banyak bezanya. Seorang menulis dengan menggunakan naluri dan garis panduan majikannyanya manakala seorang lagi merakamkan gambar juga berasaskan kehendak yang sudah dijuruskan majikannya.

Saya sudah agak bahawa akhbar akan memainkan peranan memaparkan senegatif mungkin insiden jurufoto merakam gambar MB Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin di dewan makan, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Bukan niat untuk mendiamkan diri atau enggan mempertahankan MB tetapi andapun tentu maklum tiada media perdana akan siarkan. Jadi saya mengambil masa panjang untuk tidak memanjangkan cerita.

Kisahnya senang kerana kes itu berpunca daripada sikap tidak tahu adab kesopanan. Tiada adab dan tata susila menghormati seorang pembesar. Di Malaysia, apatah lagi Nizar sendiri kurang memberi perhatian pada protokol sehingga manusia yang sememangnya tidak sebulu akan mengambil kesempatan sebaik mungkin.

Semasa insiden itu, Nizar sedang makan tengahari dengan Yb Exco Tai. Saya dan Setiausaha Politik baru melangkah masuk ke dewan makan. Sebaik duduk, jurufoto (utusan malaysia) dan pembawa surat (wakil SYARIKAT GUAMAN TERKENAL) menghukurkan surat meminta MB tandatangani, manakala jurufoto terus sahaja merakamkan foto.

Saya terkejut melihat perbuatan yang agak biadap oleh wakil pengutus surat itu kerana merasakan bahawa memang dia telah sepakat dengan jufoto untuk merakamkan foto MB tandatangani surat itu. Saya nasihati Mb meneliti dan membaca surat itu.

Kerana tidak berpuashati, saya mencapai surat itu lalu membaca nya dan menasihati pembawa surat itu mengemukakan perkara seumpama itu di pejabat Menteri Besar bukan di dewan makan. Biar ada tertib dan hormatnya, manakala MB pula meminta jurufoto itu memadamkan jika sudah merakamkam foto kerana MB belum menandatangani menerima.

Kebimbangan itu berasaskan bahawa surat itu meminta MB menandatangani surat itu sebagai mengesahkan bahawa kandungannya adalah benar.Dan jika foto dirakamkan (sedangkan MB tidak menandatanganinya) akan disalahgunakan sebagai bukti kononnya MB telah tandatangani.

Apabila dipanggil dengan baik, jurufoto itu selamba buat tak dengar dan cuba berlalu pergi. Nizar cuma bertanya sudah padam atau belum tetapi jurufoto itu buat pekak badak beredar, menyebabkan Nizar memanggilnya dengan nada keras.

Jurufoto itu kembali pada Nizar sambil menunjukkan kamerannya yang kemudian diambil oleh Nizar dan diserahkan pada saya. Maklumlah kamera digital mahal, manalah kami tahu nak gunanya. Saya sekadar rmelihat kamera itu dan memulangkan pada jurufoto itu sambil berkata, jangan siarkan sahaja foto itu.

Saya tahu jurufoto itu sudahpun mengeluarkan kad mikro kamera itu sebab itu tiada gambar. Semuga jurufoto dan tukang bawa surat itu tidak mampu menipu ALLAH. Kalau boleh ditipu Allah maka dialah jurutfoto terhebat di dunia.

Kalau tahu bahasa, bertanyalah pada pegawai-pegawai MB yang ada pada masa itu. Takkan itupun nak kena beritahu, nak kena ajar. Rupanya lepas insiden itu, tahu pula demo tu termasuk jurufoto tu masuk ke pejabat MB dan rakam gambar masa serah surat pada pegawai MB.

Sekarang saya lebih senang berbicara dengan wartawan akhbar Cina daripada akhbar media perdana Berbahasa Malaysia. Saya juga lebih senang bercakap dengan media arus Perdana berbahasa Inggeris daripada akhbar arus Perdana Berbahasa Malaysia.

Saya rasa thinking abiliti pembaca dua versi akhbar ini berbeza maka sebab itu sogokan bahan berita dan acara pelaporannya (akhbar berbahasa Ingerris) lebih ilmiah dan bermutu. Mungkin juga mereka sekadar melonggokkan berita pada pembaca Melayu, menyumbatkan ke dalam kepala pembaca Melayu yang mungkin corak pemikirannya sekadar sehala. — END/ANR

Khamis, 18 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

RA(IN)YA


ku lihat tangan-tangan kecil ini
berpaut teguh
kaki-kaki kecil bersilang-seli
berlari berkejar ke sana ke mari
menjerit tawa, melontar ria

mengabai risau dan was-was
merai saat-saat suci
tiada syak wasangka
merai hari-hari mentah
tiada penat lelah

tanpa kenal warna
merainya bagai pelangi

tanpa kenal rupa
melihatnya se-bayang

tanpa kenal jiwa
merasanya sehati

tanpa kenal angka
menjumlahnya satu

ku pinta tangan-tangan kecil ini
memimpin yang besar matang
menunjuk ajar dan war-war
membuang musykil
menambah cinta, merai hidup


salam aidilfitri,
maaf zahir batin
ingatan tulus ikhlas

Kapt (B) Mohd Osman

Rabu, 21 Mei 2008

Masalah dan aduan

Kepada semua penduduk DUN Changkat Jering jika terdapat aduan atau masalah boleh menghubungi terus saya sendiri atau pegawai pegawai khas dimana no tel dan nama mereka terdapat di dalam blog ini. Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh meninggalkan pesanan di blog ini.



saya akan cuba sedaya untuk menyelesaikan dalam kadar yang segera.

Selasa, 20 Mei 2008

Portal Komuniti

Assalamualaikum

Kepada semua penduduk di kawasan Changkat Jering yang dikasihi. Saya amat berharap agar pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan padangan dan juga permasalahan kepada saya untuk di ambil tindakan.

Program Lawatan Produk Kawasan

Program Lawatan Produk Kawasan

Program Klasik Bike

Program Klasik Bike