KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap siaga dengan melaksanakan program-program yang boleh mendekati rakyat kerana peralihan pucuk pimpinan negara kebiasaannya diikuti pilihan raya, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar.
Beliau berkata, pertukaran Perdana Menteri kebiasaannya tidak mengambil masa yang lama untuk berlakunya pilihan raya kerana tekanan untuk mendapatkan mandat yang baru.
Lantaran itu, elok rasanya Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan dan memperkasakan aktiviti rakyat, katanya yang mewakili Menteri Besar Kelantan Mursyidil Am Pas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam dan bengkel mini pimpinan Pakatan Rakyat di sini, yang turut dihadiri ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pada masa ini, Pakatan Rakyat mempunyai gandingan barisan kepimpinan parti terbaik dan juga barisan pimpinan terbaik.
Anwar pula berkata, prestasi pentadbiran dan pengurusan di Selangor, Perak dan Pualu Pinang berada pada tahap yang cukup baik kecuali menghadapi masalah dengan media arus perdana.
Yang turut hadir, Menteri Besar Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Perak Tan Sri Khalil Ibrahim. – end/anr
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
3 bulan yang lalu
1 ulasan:
oiiiiiii osman..pirah hang degan program mencari mandat....kau telah menjadi nanah dalam kudis yang amat busuk dan jijik dalam hati pengundi-pengundi CJ.mana nak letak muka pegawai-pegawai kau yang agak sombongan juga dimasa kau berkuasa..nak sekarang lihat hasil kau yang dicorak oleh kau sendiri,,binawa punya org...masih lagi teriang-iang di telinga kami..ucapan sulung kau ..SAYA PEJUANG...rupa nya pejuang taik kucing....kalau aku bukan beragama Islam akan ku lempar muka kau dgn taik lembu...tapi agama dlam jiwa ku melarang...semua suratan takdir...patah tumbuh hilang berganti dengan harapan penganti mu akan lebih baik ...
Catat Ulasan