Nov.15, 2008 in Uncategorized Leave a Comment
IPOH: Sebenarnya saya tak berminat untuk menulis artikel ini terutama yang melibatkan hal ehwal kewartawanan, sementelah saya dah lebih 10 tahun meninggalkan dunia kewartawanan selepas menamatkan perkhdimatan 24 jam notis pada Bernama.
Sebenarnya terlalu banyak politik dan karenah dalam dunia kewartawanan ini. Mesti sebulu dengan kepala KANTOR. Kalau tIdak , anda dilempar ke cold storage.
Akhir-akhir ini, mau tak maupun saya kembali terlibat dan tempias dengan dunia kewartawanan yang sesetengah pihak menganggapnya ada aura glamour dan sesetengahnya pula melihat ia berfungsi multipurpose termasuk untuk diri sendiri. Itu terpulanglah pada pendirian wartawan itu sendiri.
Kadang-kala wartawan ada bersifat kepalanya sudah terisi dengan elemen tersendiri, yang sudah di aisbekukan. Merasakan bahawa mereka ada kuasa untuk menghentam apabila sesuatu itu tidak sebulu atau tidak sehaluan dengan mereka, atau apabila tidak memperolehi sesuatu yang dikehendaki.
Sedih saya melihat wartawan yang sudah tidak mempunyai fikrah diri sendiri tetapi lebih tergulung dalam kelompok manusia yang menjaga kepentingan dan kelompok tertentu kerana mungkin ganjaran atau habuan tertentu. Sesetengahnya sudah menjadi terlalu self censored sehingga tidak menjadi wartawan yang lebih terbuka sifatnya.. yang tahu membezakan antara kepentingan diri dan masyarakat maupun agama Islam.
Begitu jugalah dengan jurufoto.. secara hakiki kerja tidak banyak bezanya. Seorang menulis dengan menggunakan naluri dan garis panduan majikannyanya manakala seorang lagi merakamkan gambar juga berasaskan kehendak yang sudah dijuruskan majikannya.
Saya sudah agak bahawa akhbar akan memainkan peranan memaparkan senegatif mungkin insiden jurufoto merakam gambar MB Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin di dewan makan, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Bukan niat untuk mendiamkan diri atau enggan mempertahankan MB tetapi andapun tentu maklum tiada media perdana akan siarkan. Jadi saya mengambil masa panjang untuk tidak memanjangkan cerita.
Kisahnya senang kerana kes itu berpunca daripada sikap tidak tahu adab kesopanan. Tiada adab dan tata susila menghormati seorang pembesar. Di Malaysia, apatah lagi Nizar sendiri kurang memberi perhatian pada protokol sehingga manusia yang sememangnya tidak sebulu akan mengambil kesempatan sebaik mungkin.
Semasa insiden itu, Nizar sedang makan tengahari dengan Yb Exco Tai. Saya dan Setiausaha Politik baru melangkah masuk ke dewan makan. Sebaik duduk, jurufoto (utusan malaysia) dan pembawa surat (wakil SYARIKAT GUAMAN TERKENAL) menghukurkan surat meminta MB tandatangani, manakala jurufoto terus sahaja merakamkan foto.
Saya terkejut melihat perbuatan yang agak biadap oleh wakil pengutus surat itu kerana merasakan bahawa memang dia telah sepakat dengan jufoto untuk merakamkan foto MB tandatangani surat itu. Saya nasihati Mb meneliti dan membaca surat itu.
Kerana tidak berpuashati, saya mencapai surat itu lalu membaca nya dan menasihati pembawa surat itu mengemukakan perkara seumpama itu di pejabat Menteri Besar bukan di dewan makan. Biar ada tertib dan hormatnya, manakala MB pula meminta jurufoto itu memadamkan jika sudah merakamkam foto kerana MB belum menandatangani menerima.
Kebimbangan itu berasaskan bahawa surat itu meminta MB menandatangani surat itu sebagai mengesahkan bahawa kandungannya adalah benar.Dan jika foto dirakamkan (sedangkan MB tidak menandatanganinya) akan disalahgunakan sebagai bukti kononnya MB telah tandatangani.
Apabila dipanggil dengan baik, jurufoto itu selamba buat tak dengar dan cuba berlalu pergi. Nizar cuma bertanya sudah padam atau belum tetapi jurufoto itu buat pekak badak beredar, menyebabkan Nizar memanggilnya dengan nada keras.
Jurufoto itu kembali pada Nizar sambil menunjukkan kamerannya yang kemudian diambil oleh Nizar dan diserahkan pada saya. Maklumlah kamera digital mahal, manalah kami tahu nak gunanya. Saya sekadar rmelihat kamera itu dan memulangkan pada jurufoto itu sambil berkata, jangan siarkan sahaja foto itu.
Saya tahu jurufoto itu sudahpun mengeluarkan kad mikro kamera itu sebab itu tiada gambar. Semuga jurufoto dan tukang bawa surat itu tidak mampu menipu ALLAH. Kalau boleh ditipu Allah maka dialah jurutfoto terhebat di dunia.
Kalau tahu bahasa, bertanyalah pada pegawai-pegawai MB yang ada pada masa itu. Takkan itupun nak kena beritahu, nak kena ajar. Rupanya lepas insiden itu, tahu pula demo tu termasuk jurufoto tu masuk ke pejabat MB dan rakam gambar masa serah surat pada pegawai MB.
Sekarang saya lebih senang berbicara dengan wartawan akhbar Cina daripada akhbar media perdana Berbahasa Malaysia. Saya juga lebih senang bercakap dengan media arus Perdana berbahasa Inggeris daripada akhbar arus Perdana Berbahasa Malaysia.
Saya rasa thinking abiliti pembaca dua versi akhbar ini berbeza maka sebab itu sogokan bahan berita dan acara pelaporannya (akhbar berbahasa Ingerris) lebih ilmiah dan bermutu. Mungkin juga mereka sekadar melonggokkan berita pada pembaca Melayu, menyumbatkan ke dalam kepala pembaca Melayu yang mungkin corak pemikirannya sekadar sehala. — END/ANR